Wednesday, November 14, 2012

Tip Pemakanan Seimbang Kuantiti dan Kualiti


1) Mengurangkan makanan ringan

  • Makanan ringan kebanyakannya mengandungi perasa tiruan berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Ia memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada kesihatan. Ramai ibu yang bekerja lebih gemar menyajikan makanan segera seperti mi segera untuk anak-anak atas alasan faktor masa. Padahal, masih ada makanan sihat yang boleh disediakan dalam masa singkat seperti roti bakar dan buah-buahan.
2) Menjauhi makanan berlemak
  • Makanan yang banyak lemak juga perlu dijauhi. Kesihatan anak-anak pada zaman 60-an berbeza dengan anak-anak masa kini. Sukar untuk melihat anak-anak dahulu yang gemuk atau menghidap penyakit kencing manis, berbeza dengan zaman sekarang.
3)Amalkan cara Rasulullah s.a.w
  • Amalkan apa yang Rasullullah s.a.w terapkan berkaitan konsep makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
  • Baginda suka makanan yang sihat seperti susu kambing, kismis, dan madu. Amalkan kepada anak-anak ketika mereka masih kecil
  • Anak-anak perlu dididik dengan satu jenis lauk sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari pembaziran dan menghargai apa yang ada.

No comments:

Post a Comment