Gambar di atas ni snek atau kita panggil jajan. Masa kecik2 dulu suka sangat makan snek ni. Tak berhenti kalu dah makan. Mesti nak beli lagi lepas tu kalau dah habis. Hihi
Dok belek-belek facebook, terjumpalah resepi biskut kacang peas kat page makan-makan. Cuba jugalah nak membuatnya. Biskut ni renyah sikit nak membuatnya. Kali pertama buat, tak masak dalamnya. Kali kedua buat, hangus. Lepas tu macam-macamlah jadi. Last2 buat, menjadilah juga. Sebab suka makan kan. Usahalah juga nak membuatnya.
Setelah mencuba beberapa kali dan berapa banyak resepi saya google,dapat jugalah resepi yang berkenan di hati. Insha Allah resepi kali ni menjadi. Cubalah ye.
- 150 gram tepung gandum
- 75 gram serbuk kacang peas(kacang peas goreng dikisar halus)
- 60 gram gula kastor
- 1/2 sudu besar butter
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 100 ml minyak mazola
Serbuk kacang peas tu saya buat sendiri..kacang peas yang banyak jual di kedai yang sekali ada garam. Sebab tu dalam resepi saya tak letak garam. Garam dalam kacang peas tu pun dah cukup.
Tepung gandum dan serbuk kacang peas seelok-eloknya disangai dulu. Disangai tu maksudnya digoreng dalam kuali tanpa minyak. Sejukkan dahulu. Sudah sejuk, bolehlah dicampurkan semua sekali bahan-bahan kecuali minyak. Gaul-gaulkan. Selepas tu, masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak lerai dan boleh dibentuk. Bentuk sesuka hati. Saya bentuk bulat-bulat je.
Sapukan permukaan adunan dengan kuning telur. Panaskan oven dahulu dalam 10 minit. Kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 180°C selama 10-15 minit.
Sudah masak, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk kerana biskut yang baru masak masih rapuh. Ia akan mengeras bila sudah sejuk.Cuba keluarkan dari dulang pembakar. Kalau tidak melekat, maksudnya biskut sudah masak. Kalau belum masak, biskut akan melekat lagi di dulang pembakar. Cubalah. Kalau rasa tiada masa dan rasa renyah membuatnya, tempah saja dari saya. Promote sekali alang-alang share resepi ni.hihi
RM 18(300 gram)
Murah je kan? Ini salah satu hobi saya mengisi masa lapang dan biskut ni pulak saya suka. Memang seronok membuat biskut dan kek ni. Boleh juga menjengah di facebook saya Dee taste dan di Instagram saya, deetaste123.
No comments:
Post a Comment