Ini ada satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Temerloh. Taman Chatin selalu dikunjungi oleh pengunjung yang ingin berjoging. Memang sesuai untuk aku yang tengah berdiet ni.. Jarak dari bandar Temerloh ke taman ini mengambil dalam 15 kilometer. Tempatnya memang sangat sesuai untuk berjoging. Selain kawasan berjoging, disini disediakan juga taman permainan untuk kanak-kanak, alat senaman, kawasan istirehat, tandas dan kedai makan.
Sampai sahaja, sudah banyak kereta di sini. Nak cari parking pun susah. Jadi, kena datang awallah ye.. Memang ramai yang datang beriadah di sini. Sama ada untuk bersenam dan membawa anak-anak bermain.
Kadang-kadang ada juga beberapa remaja datang bermain bot kawalan jauh. Memang happening betul. Tapi diingatkan, dilarang memancing walaupun banyak ikan di sini.
Kadang-kadang ada juga beberapa remaja datang bermain bot kawalan jauh. Memang happening betul. Tapi diingatkan, dilarang memancing walaupun banyak ikan di sini.
Selain dari itu, kawasan ini juga sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Kalau nak cari tempat yang sesuai untuk bergambar, taman ini memang sesuai. Adikku yang baru berkahwin tahun lepas pun bergambar di sini sahaja. Memang nampak cantik bila gambar di ambil. Siap tangkap gambar buaian lagi.
Kawasan ini memang terjaga. Dua, tiga hari sebelum ni nampak banyak sampah terutama di kawasan bangku rehat. Tetapi hari ini kawasan tersebut kembali bersih dan cantik. Kadang-kadang nak marah pun tak guna. Tong sampah memang banyak disediakan. Tapi macam tak faham bahasa orang-orang ni. Macam budak umur 3 tahun. Takkan nak tulis 'Jangan Buang Sampah di Sini', baru faham kut. Sama-samalah kita menjaga kebersihan ye.
No comments:
Post a Comment