Tuesday, April 8, 2014

Kek Chocolate Moist

Assalamualaikum...lama benor dah x post cite kat blog ni. Walaupun rasanye xde pun yg nak nengok blog ni, tapi nak gak promote produk sendiri. Manela tau, de rezeki..hehe. Kalu de sape2 nak order, leh wasap kat 019- 6071147. Hargenye murah je RM5 kalau bekas empat segi yang kecil. Kalau bekas yang dalam gambar ni, RM6 je. Harap kalau dah rasa n sedap order lagi ye..;)




Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)                    
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

sila cuba okeyyy...xnyesal nye...konpem jadi.. 


p/S: raya tahun lepas, first time jumpa n kenal encik suami, tahun ni dah raya berdua..Alhamdulillah :D

boleh juga kalau nak cuba resepi lain : 
 kek karamel 
puding triffle
char kue teow penang
kek span gebu
lepat pisang
kek pisang
kek gula hangus


KEPADA YANG NAK SHARE DI BLOG, BOLEH...TAPI KREDITKAN LA KE BLOG NI...TQ :)


No comments:

Post a Comment