Assalamualaikum. Teringin rasanya nak berkongsi berkaitan menyusu bayi walaupun bekerja. Saya nak berkongsi ni bukannya apa. Merasakan perkara ini amat penting terutama kepada ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi tetapi bekerja. Ini berdasarkan pembacaan, kajian, bertanya pada kawan-kawan dan pengalaman sendiri.
Saya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata. Dan jangan terkejut, hanya anak ketiga barulah saya betul- betul menyusukan badan sepenuhnya. Kenapa? Sebab sebelum ni, tiada siapa pun yang bercerita tentang menyusu badan walaupun bekerja. Anak pertama hanya sempat bagi susu badan 2 minggu je. Lepas tu terus bagi susu formula. Masa tu mak jaga. Mak pelik kenapa susu badan saya sikit sangat berbanding dengan mak dulu yang selalu je banyak. Mak suruh je bagi susu formula, kesian kat baby. Saya pun yang tak tau ape- ape ni bagi jela.
Masa anak kedua dapat bagi lama sikit. Waktu bekerja je bagi susu formula. Bila balik terus bagi direct feeding susu badan.
Bila anak ketiga ni nak menyusu badan sepenuhnya. 2 minggu pertama selepas bersalin memang azab. Susu badan takde.Baby asyik menangis he sebab takde susu. Tapi bagi jugak sampai ada. Alhamdulillah baby sekarang sudah 6 bulan dan saya masih menyusu badan sepenuhnya. Memang susu badan tak banyak macam orang lain tapi cukuplah untuk baby. Pernah stok susu takde. Saya minta kakak ipar yang jaga baby saya bagi susu formula. Baby taknak. Tak sedap macam susu umi dia kut. He he..Saya pun teruskan juga susu badan sampai sekarang.
Saya nak bercerita sikit tentang pam susu yang saya pernah guna. Sekarang saya guna jenama spectra. Tapi sebelum guna spectra ni, dah macam- macam jenis pam beli. Semua tak sesuai. Rosak la, tak puas pamla. Spectra ni dah pam yang keempat. Barula puas hati. Saya pun cadangkan kepada adik ipar beli spectra sahaja. Insha Allah, dia akan melahirkan baby talk lama lagi. Moga-moga Allah permudahkan urusannya.

Di sini nak tunjuk sikit gambar pam susu yang saya guna. Sangat menjimatkan masa terutama. kepada ibu-ibu yang sibuk.
No comments:
Post a Comment