Saturday, April 13, 2013

Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan-bahan:
4 sekawan ( bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 halia sebesar ibu jari
Daun kari
1 ekor ayam
Kentang
Air
Minyak
Garam
Gula
Cara membuat:
1) Masuk minyak. Dah panas, letak bawang dan halia ( dikisar sekali)
2) Kemudian, letak 4 sekawan
3) Masukkan daun dan serbuk kari
4) Masukkan 3 sudu besar kari ayam dan 1 sudu besar kari ikan. Tumis sehingga garing
5) Masukkan ayam dan lebihan air kisar
6) Masukkan air sedikit demi sedikit
7) Masukkan kentang dan air. Pastikan air tidak dimasukkan terlalu banyak kerana air ayam aksn keluar
8) Bila kentang sudah empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Sudah siap

Friday, April 12, 2013

Sayur Pisang Muda Masak Lemak

Bahan-bahan:
Pisang muda
Santan
Cili padi
Ikan bilis
Kunyit
Garam

Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.
Masukkan ikan bilis separuh lumat
Kemudian, masukkan semua bahan dalam santan.
Masukkan pisang muda sehingga empuk. Jangan terlalu lama
Masukkan garam secukup rasa
Dah siap..

Saturday, April 6, 2013

Hari Sukan Pasti As-Syakirin Daerah Hulu Langat

Hari ni Nina ada Pertandingan Mewarna sempena Hari Sukan Daerah Hulu Langat di Padang Batu 14 Hulu Langat. Hari Sukan bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 petang.   20 Pasti Cawangan. Ada acara Futsal, bola jaring, dan mewarna. Pertandingan mewarna diadakan di Masjid Hulu Langat Batu 14. Disebabkab Nina x sempat habis warna, Nina x dapat hadiah. Sedih betul dia. tak apala Nina. Lain kali cuba lagi..