Tuesday, March 5, 2013

Rintihan Seorang Hamba

Hidup ini umpama sebatang lilin..membakar diri untuk orang lain.Orang tidak mengetahui apa yang diri sendiri rasa. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi kadang-kadang, diri ini rasa hina untuk merintih pada-Mu kerana diri ini tidak sepenuhnya beribadat kepada-Mu. Beribadat hanya ikut mood. Bila ditimpa kesusahan barulah terhegeh-hegeh mengadap dan merintih kepada-Mu. Adakah aku layak menjadi hamba-Mu? Engkau telah mengurniakan pekerjaan yang baik untukku, tapi aku tidap mensyukurinya. Engkau telah mengurniakan seorang suami yang baik dan selalu menasihatku, tetapi aku selalu mengabaikan keperluan dan makan minumnya. Engkau mengurniakan anak-anak yang comel dan baik untukku, tapi aku selalu mengabaikan mereka. Engkau mengurniakan keluarga yang besar dan baik untukku, tapi aku tidak bergaul mesra dengan mereka. Engkau mengurniakan jiran-jiran yang baik untukku, tapi nama mereka pun aku tidak tahu. Senua nikmat yang Engkau berikan, aku abaikan. Aku melihat orang yang lebih dariku, dan aku dengki melihatnya. Jika boleh, aku mahu lebih dari mereka. Tetapi aku tidak sedar, Engkau telah memberi nikmat yang secukupnya untukku. Tapi aku selalu mengeluh.. Adakah aku layak menjadi hamba-Mu. Berikanlah aku petunjuk...


No comments:

Post a Comment